Monday, 21 March 2016

Beriadah yang Seorang Diri itu Bermanfaat ke?


Beriadah bermanfaat tapi kenalah kenal diri dahulu. Bermanfaat sesuatu perkara yang kita buat setiap hari mestilah bersama orang lain juga. Bukannya beriadah seorang diri. Orang lain kata “eh, kau ni janganla syok sendiri. Semua benda nak syok sendiri. Apa kes?” haha. Tapi lagi deep buat kalian yang suka sendiri-sendiri ni adalah “ohh, kau suka menyendiri ni ingat bagus sangat la, kalau tahajjud sendiri dalam diam takpe jugak”. Pulak dah, yang kau cakap macam tu apahal. Tiibaahh.. gurau2 hehe.

Gambar pinjam 1

Nak dikatakan bahawa menyendiri ni ada suatu masa, dia bagus, kadang tak bagus. Bagusnya menyendiri ini bila mana kita memang tak boleh nak tidor disebabkan memikirkan masalah umat. “eh, masalah umat… wwuuuu, ini semua poyo lake” Macam-macam la mulut yang kita jumpa. Hehe. Contoh menyendiri yang bagus macam tadi tu, ketika mana orang lain sedang tidur, tetapi kita masih berfikir dan tidak senang duduklah, lepas itu kita bangun untuk solat sunat Tahajjud agar dalaman kita betul-betul kuat dalam menghadapi umat yang bermasalah.

Gambar pinjam 2 

Okay. Itulah bagus sendiri. Tetapi bilamana matahari sudah terbit. Manusia biasa pon bangun untuk pergi kerja atau buat kerja lah. Dan masa inilah peluang anda sebagai orang yang beriman.. “beriman ke kita?” haha. “beriman kepada study atau exam, sebab aku rasa bila aku study ni, akan dapat kerja, sebab tu aku lambatkan solat, dan aku pentingkan aku punya kertas laptop”. Kalau kita beriman kepada Allah yang betul-betul, kita sepatutnya tinggalkan kerja itu sementara untuk solat di masjid atau surau sebab kita sebagai orang yang beriman kita betul-betul yakin dengan kuasa Allah, di mana Allah sahaja yang Berkuasa. Bukannya pensyarah. Uppsss.. macam terlajak je.. maaf la. Pasal Orang yang beriman ini saya nak buat akan datang la eh..

Sambung yang tadi tu, peluang orang untuk bergaul dengan orang lain selepas matahari terbit. Okeh. Anda sepatutnya pergi bergaul dengan orang lain tapi ingat ayat ini surah al-Isra’, surah ke-17, ayat 32. Ayat Allah ini menceritakan bahawa kita tidak boleh sekali-kali mendekati zina walaupun terdetik di hati sekali je. Sepatutnya kita terus Istighfar. Macam ustaz pulak aku.. hahaha. “mana boleh macam ni, nanti macam mana nak kahwin?” pulak dah. Siapa yang tak puas hati dengan blog ni anda boleh terus membaca ye.. hehe. Sebab pasal kahwin ramai sekarang yang ikut hati yang tak seberapa nak betul.. Jangan marah la eh..

Ya Allah, nak cerita pasal bergaul dengan orang lain sebenarnya, terpesong pulak. Maaflah ye. 
Kita ni sepatutnya menceriakan keadaan, biar orang lain berasa seronok dengan kita dan selepas itu barulah kita ini mudah untuk beriadah dengan orang juga. Dan kita membina suasana yang baik antara kawan-kawan kita. Insya Allah. Dan satu lagi benda yang saya tertinggal, sila lah ringan-ringankan tangan kita untuk buka quran. Surah al-Mulk, surah ke-67, ayat 15. Ramai orang terlepas pasal benda ini, tapi kita sambung nanti lah.. saya ada kerja lain nak buat.. ok. saya minta maaf sebab lari tajuk sikit.


Assalamu’alaikum… 

Sunday, 20 March 2016

Bagaimanakah Kita Nak Kenal Diri Kita (2)

Salam sejahtera ke atas kamu @ assalamu’alaikum. Hmmm sama je tu. Betul lah tu, haha. Tapi kalau nak diikutkan sebenarnya Bahasa Arab ada keistimewaannya tersendiri dan mempunyai maksud yang susah sikit untuk terjemahkan dalam Bahasa Melayu, sebab itulah Allah turunkan Al-Quran dalam Bahasa Arab ni. Sila rujuk (Surah Yusuf/surah ke 12: ayat 2). Okay itu mudaqqimah nya sambungan daripada yang sebelum ni pasal kita nak kenal diri kita dengan Al-Quran.

Maaflah jika ada yang terasa dengan blog ni.. cewaahh kau. Rendah diri gila. Hehe. Tapi kita kena selalu ingat bahawa masyarakat kita macam pelik sikit. Maaf lah jika terasa, kita bagi tahu diri kita bahawa kita percaya kepada Allah beriman kepada-Nya akan tetapi itu hanya di mulut sahaja, kita cakap bahawa kita yakin bahawa Al-Quran itu merupakan kalimah yang agung daripada Allah sendiri. Tetapi yang sedihnya dengan masyarakat kita sekarang adalah susah betul untuk buka dan baca Quran.

“Siapa cakap aku tak baca? Aku baca lah.. dalam 5 mukasurat sehari” kata hati yang tak puas hati dengan blog ni.. Lek luu Brader. Haha. Pernah dengar tak? Al-Quran ni sepatutnya kita jadikan dia sebagai panduan hidup kita dan sebagai penawar penyakit. Sebenarnya, kita lihat diri kita semula bahawa sejauh manakah kita jadikan Al-Quran sebagai panduan hidup? Saya bagitahu ini bukanlah dari segi bab fekah sahaja, tetapi bagaimana anda beriman dengan surah Al-Fatihah? Surah-surah yang diturunkan di Mekah pada 10 tahun pertama kenabian Muhammad S.A.W? nak ikut macam mana tak banyak pon pasal bab-bab fekah ini. “Tak mengapalah baca je. Asalkan dapat pahala dan dapat khatam kali ke…..”

Sebenarnya kawan-kawan, saya nak sangat bagi tahu bertapa pentingnya kita ni kenal diri kita. Untuk apa sebenarnya kita ini nak sangat kenal dengan diri kita? Yang mana rasa nak kenal diri ini bagus lah. Hal ini sedemikian kerana… cewah ayat BM nak gempak-gempor juga. Saya cerita sikit ya pasal zaman sekolah dahulu, sebenarnya kita sebagai murid-murid sekolah macam bagus lah kan, tetapi apa yang saya pelik kenapa cikgu marah sampai tarik telinga hanya sebab tak tulis tarikh atau hari atau tulis dua-dua cuma lupa nak garis je pun. Marah dia tu macam kita yang budak sekolah ni ada masalah akidah pulak. Maklumlah kita diajar jadi formal macam robot. Uuupppsss!!! Eh-eh? Kehidupan kita macam robot? Kenapa ya?





Robot? Jadi, apa kaitan dengan manusia. “Aku ni manusia lah”. Mari kita lihat dahulu kehidupan robot itu macam mana okay. Hehe. Robot yang dibuat dan berjaya dihidupkan dengan menggunakan bateri yang ada dan dia juga terpaksa akur dengan sistem yang ditetapkan. Dia melaksanakan tugas dia sebagai tukang sapu dalam rumah, jadi bila buat punya buat sampailah habis baterinya. Dia pun dengan sendirinya mengecas dia plak. Apabila bateri sudah penuh, dia pun sambung kerja semula dan bila habis bateri dia cas… dan seterusnya. Asalkan elektrik masih ada. Sehinggalah sampai waktu elektrik terputus buat selamanya. “Wahai kawan-kawann, ingat lah kehidupan kita macam sama je dengan robot tu, kita tiap-tiap hari buat benda yang sama”. Bila kita lapar, kita makan, tidur, buang air, buat tugasan “assignment” sebagai seorang pelajar lah, tapi banyak-banyak kerja kita buat itu sebenarnya kita sendiri tak tahu ke mana hala tuju nya. Tiibaaahh. Haha, sudah kenal ke siapakah diri anda sebenarnya? “Sedarlah Wahai Sahabat ku. Sebenarnya kita sebenarnya Hamba Allah”.



Harap perkongsian ini sangat bermakna buat anda semua. Nanti saya akan kongsikan bagaimana nak mengekalkan tujuan kita sama ada kita masih belajar atau di tempat kerja dengan diri kita sebenarnya, iaitu sebagai hamba Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Insyaa Allah. Tapi manusia ni macam sombong la. hehe bukan apa. mesti dia cakap "Memang la aku ni Hamba Allah pon" sebenarnya kita kena sedar bahawa nak beriman kepada Allah itu bukan hanya cakap di mulut sahaja. Tetapi kita manusia sebagai agama Islam terutamanya kena ambil berat pasal okey lah.. setakat ni perkongsian kali ini.

Assalamu'alaikum...

Saturday, 19 March 2016

Bagaimanakah Kita Nak Kenal Diri Kita?

Assalamu'alaikum dan Selamat selamat la ye.. Hehe. Bermulalah kita pada saat ini untuk kita memulakan kehidupan yang indah.. Cewahh kau haaaa... Ayat skema gila.. haha. Saya sebenarnya nak sangat kongsikan bagaimana cara atau kekdahnya untuk kenal diri kita. Sebab beriadah yang bermanfaat ni  sebenarnya jadi bermanfaat apabila kita beriadah dengan kawan-kawan kita bukannya kita beriadah seorang diri. baik pergi hutan seorang diri, habis cerita.. Haha. Jadi bagaimana nak jadi lebih baik dengan kawan kita kalau kita tak kenal siapa diri kita.. Betul tak?

"Kehidupan bumi" selalu kita dengar atau selalu kita baca di mana-mana lah sama ada di dalam akhbar, majalah termasuklah televisyen sekalipun menceritakan tentang kehidupan bumi. Apabila cakap je pasal kehidupan bumi ni, kita mesti terbayang kehidupan pokok-pokok dengan ada monyetnya yang sedang bergayut... haha kelakar pulak bila terbayang


saya pinjam gambar ini ye

Nahh! Ini dia.. haha.. Macam-macam lah. Kembali kepada topik kita tadi pasal kehidupan bumi. Tapi bukan itu sahaja kita fikir malah gunung, langit, laut dan banyak lagi lah. Kalau nak tulis semua ni jenoh pulak. Hehe. Pergi tanya Encik Google lah. Sebenarnya kita selalu nampak benda yang ada di hadapan mata kita dan susah betul kita nak lihat tentang diri kita. Sebenarnya kehidupan bumi ini termasuklah diri kita.

"Memang lah" itulah ayat biasa kita dengar apabila cakap pasal diri kita sebagai kehidupan bumi atau dunia sekarang. Kalau tidak pun dia gelak dan rasa kelakar bila cakap bahawa manusia sebagai salah satu dalam kehidupan dunia. Saya cuma nak ingatkan kepada membaca blog ini. cewahh serius pulak aku nih. Tetapi hakikatnya itulah yang berlaku sekarang di mana kita susah untuk lihat diri kita. Saya sangat setuju kerana kita bukan tengok cermin 24 jam ya lah bila tengok cermin lama kang puji diri sendiri pulak kan. Haha, sebab itulah ajaran Islam mengajarkan kita bahawa orang-orang yang beriman kena saling mengingati.

Eh jap-jap.. Haha. Islam??Apa ni?...... Wahai Orang Malaysia terutamanya orang yang beragama Islam laa kan. Bila cakap Islam je jadi macam terdiam. Tak pon bila sebut Allah pun susah dengan kawan-kawan kita. betul tak ni? Kita dengan kawan-kawan kita syok borak dengan gelak-gelaknya tapi bila topik agama keluar, kita jadi macam tak selesa, tidak pun, kita nak berkerut dahi kita. "Apa hal ni? Aku malas ahh nak dengar" itulah kadang-kadang hati kita nak seronok je. hmmmm....

Kadang-kadang bila ayat skema atau formal sangat kita malas nak dengar. "Baik aku tidur lagi bagus" ayat itu selalu keluar bila kita ada di perhimpunan sekolah hari Isnin dari 7.30 pagi hingga 8.00 pagi. Kehidupan harian kita pun diajar untuk jadi formal. Nak beriadah pon kena pakai pakaian yang ditetapkan. Kehidupan kita ini macam sudah diatur dan ditetapkan untuk mengikut sistem sekarang ini. 

Panjang juga muqaddimahnya (muqaddimah=pendahuluan). Jadi, untuk kenal diri kita macam mudah sahaja kan sebenarnya ia memakan masa juga blog ini pun hanya sedikit sahaja dapat membantu untuk kita kenal diri kita sebenarnya. Dan buku yang paling bagus untuk kita kenal diri kita ialah Al-Quran.. 

"Uiisshhh" macam biasa lah... haha. Bila cakap pasal Quran je, macam-macam keluar dari mulut orang yang susah kita nak tutup. Ingatkan ada buku contoh tajuknya macam "Kenali Diri Anda". Hehe. Jadi saya hanya nak pesan bahawa Al-Quran itu boleh bantu kita untuk kenal diri kita sebenarnya. Cuma kita perlu cari orang yang betul-betul faham Quran ini untuk mengajarkan kepada kita. Dan orang yang ajar kita juga tahu tentang sejarah Islam, kehidupan zaman dahulu, kaitan kehidupan sekarang dan Al-Quran. Banyak lagi lah.. Insya Allah kita sambung lagi. Cerita ini sangat ada kaitan tentang Beriadah Yang Bermanfaat sebenarnya tetapi nanti saya sambung.. ok

Assalamualaikum..