Assalamu’alaikum, selamat sejahtera. Hehe. Apa khabar semua?
Sehat ya. Harapnya begitu belaka. In sya Allah. Kali ini lain sikit dari yang
lain sebelum-sebelum ni, saya nak kongsikan riadah atau main di waktu malam.
Saya nak kongsikan pengalaman saya, waktu darjah tiga atau empat macam tu, saya
pon dah tak ingat dah haha. Dulu ada main malam ni.. hehe. Harap jangan ikut
perangai saya ni.
Dulu apa tahu ialah main dan main dan main. Main je tahu belajar
tak reti-reti. Haha. Masa tu walaupun nak exam pon, gigih jugak nak main. Nak
main bukan apa, kawan dan jiran ajak main, tak sebab la kenapa tak keluar
rumah. Hihihi. Pastu main punya main, sampai satu game ni tak habis. Bincang
jap, so, keputusan nya main malam-malam. Haaha. Lama kelamaan benda macam ni
sudah terbiasa. Main-main di waktu malam memang ada rasa takut jugak. Tapi
mindset main itu lagi kuat berbanding takut tu. Jadi, permainan budak-budak
yang tak betul tu diteruskan…hahahahaha
Rasa tak puas bermain tu menyebabkan saya dengan abang saya
kena denda sampai tak boleh masuk dalam rumah. Ye la.. nak main sangat
malam-malam tu kan. Tapi kena macam it upon masih buat benda yang sama
Dalam seminggu dua lepas tu, ada kes seorang budak antara kiteorang
ni kena gangguan makhluk. Hmmmmm…. Dah dengar berita yang kurang enak macam tu.
Memang dah tak main la lepas tu. Haha. Tahu takot. Hahaha.
Ikhwah fillah, saya rasa kecewa lah bila mana saya sendiri
sudah besar dan saya ingat balik memori semasa saya kecil dahulu sememangnya
kita dari kecik ibarat macam diajar untuk lebih takut kepada “hantu” berbanding
sepatutnya kita diajar untuk lebih mengenali Allah sebagai Tuhan Yang Maha
Kuasa atas segala sesuatu. Kita dimomokkan dengan pelbagai jenis-jenis hantu mengikut
keadaan contoh, bila musim raya dah tiba, ada hantu raya,. Bila dekat dengan
pokok pisang, ada Pontianak.
Astaghfirullah, sahabat yang saya kasihi sekalian. Pernahkah
kita mendengar kisah hantu atau benda yang karut marut ni semasa Islam
berkembang. Contoh zaman Abbasiyah jatuh kerana terkena gangguan makhluk
halus??? Mana ada semua ini. Kenapa kita di Malaysia banyak sangat hantu?? Kita
takde dengar pon dekat Amerika ada toyol curi duit di New York … saya berasa
teramat sedih dengan sistem yang ada sekarang ini. Pemikiran kita ibarat
dijajah sepenuhnya oleh benda yang karut marut ini. Sepatutnya kita sebagai
orang-orang yang beriman ambik al-Quran, bukak, baca, faham dan AMAL kan. Bukan
sekadar tahu yang panduan hidup sebagai orang Islam ialah Al-Quran dan
As-Sunnah. Kalau itu boleh la dapat A dalam SPM. Bila bab amal... jadi krik-krik..hhhmmm
“Tidakkah engkau fikirkan?”