Thursday, 9 June 2016

Memanah



Assalamualaikum, apa khabar ya akhi, hehe. Baru-baru ada seorang sahabat saya ni. dia ada bawa memanah dari rumah, katanya dia bawa memanah itu sebab dia berniat untuk menarik perhatian junior-juniornya. hihi. Pandai juga dia mencari idea. Tapi kali ini saya nak cerita bahawa, saya sendiri memang minat dalam sukan memanah. Namun, apakan daya nasib tidak menyebelahi diri saya. Haha.

Tapi tidak mengapa. Nak cerita bahawa saya baru juga mencuba untuk menyentuh, memegang dan mengangkat. tetapi melepaskan anak panah tu masih belom cuba. Panjang juga benda ni. Hampir sama dengan ketinggian saya. iaitu 165. 

Tetapi itulah pengalaman sahabat saya dalam sukan memanah, siap mengajar junior-junior lagi. sukan ini sememangnya memerlukan daya tangan yang kuat. Macam sahabat saya tu. Bukan apa, sahabat saya ini memang kerja menyawit. tengokkan otot tangan memang kuat aa kan. Berbanding dengan saya ini setakat bermain bandminton apalah sangat kn. nak Smash pun tak reti. 
Tetapi saya cukup berterima kasih kepada sahabat saya dalam mengajar saya dalam sukan memanah ini. Memanah itu Sunnah Nabi S.A.W. 

itu sahaja Perkongsian kali ini.

Futsal

Assalamualaikum, salam super semua.. haha. Kali ini saya nak jadi super saiya sebab blog saya kali ini saya buat perkara yang liar biasa bagi diri saya sendiri. Iaitu saya buat julung-julung kali pertama bermain Futsal di kolej yang terbesar di UKM ni. Mungkin bagi orang lain nampak macam biasa je, tetapi bagi saya itu betul-betul sudah jadi super saiya. Memang pengalaman yang saya tidak dapat lupakan.


Futsal... bagi saya lah kan... sebelum ini saya ada pernah dengar, bahawa ada orang yang main tengah-tengah malam ni bahaya untuk kesihatan, tapi bagi saya sebenarnya, kita kena fikir betul-betul. Bahaya atau tidak sekalipun.. akidah kita kena lah betul. Kita sanggup kerana kawan hanya semata-mata untuk main futsal. Tetapi sanggup kita tidak menggunakan masa kita untuk rehat agar subuh nanti, kita betul-betul segar. Lepas main futsal tu, penat.. pastu, susah nak bangun. Kadang-kadang terlepas subuh. Itu ke kita nak bina hubungan sesama manusia dia atas jalan Ilahi??.. toott


Haha.. apa2 hal, asal kita ada niat yang baik. Dan kita dapat atasi masalah kita itu dah tak jadi masalah. Macam saya sendiri yang tak pernah2 main futsal dalam gelanggang. Itu memang cukup bermakna. Futsal juga kalau nk main, kita sememangnya tidak keseorangan. Lagi pun, nak main futsal perlu ada semangat kerjasama antara sepasukan. Senang cita, ia mengajar erti sahabat sebenar. Huhu. Habis main futsal. Ada pula pengisian rohani. Setelah jasmani , kini rohani tidak terlepas. Ini baru betul. Ikhwah Fillah. Segala benda akan kembali kepada Allah. Kita ingat siapa pencipta kita.. iaitu Allah.

Bahasa Arab

Assalamu'alaikum, hai. Kaifa halk? Haha, dah pandai bahasa arab dah sekarang ni. Mentang-mentang la tengah baru belajar bahasa Arab di UKM. Ini semua poyo!! Tak de lah. Saya ambik bahasa Arab pon sebab saya nak betul-betul memahami bahasa Al-Quran. Dari segi tatabahasanya agar lebih mudah untuk saya mentadabbur Al-Quran itu sendiri. Dalam surah Muhammad, ayat 24. Allah menyatakan bahawa manusia ni sepatutnya mentadabbur Al-Quran atau mereka ni rela hidup dengan hati yang terkunci?

Dengan kata lain, pentingnya untuk mentadabbur Al-Quran agar hati seseorang itu sentiasa dalam keadaan mengingati Allah. Tapi sebenarnya nak tadabbur atau tidak, yang penting adalah kita kena tengok diri kita macam mana sama ada kita ni selalu baca Al-Quran ke tidakk... tuuuttt....

Tetiba siaran tertukar. Hahaha. Melihat kepada diri sendiri. Itulah yang penting sekali. Sebenarnya Islam ni mengajar kita agar hubungan kita dengan Allah betul-betul mantop begitu juga dengan hubungan kita dengan manusia lain. Di sini saya nak kongsikan sebuah hadis daripada Hadis 40 Imam Nawawi, hadis ke 13 yang berbunyi "tiada beriman seseorang itu sehingga ia mencintai untuk saudaranya apa yang ia cintai untuk dirinya" hadis riwayat oleh Bukhari dan Muslim.

Apa yang sepatutnya kita dapat dari hadis di atas? Apa yang saya faham ialah iman bagi seseorang itu tidak dapat rasa bilamana seseorang mengorbankan apa yg dia suka. Sebagai contoh, kita punya makanan kegemaran ialah coklat. Dan memang dah lama tak makan coklat tu, dalam masa yang sama ada member kita yg lapar sebab lama tak makan nasi. Mari kita tengok iman kita macam mana... 1. Kita tak pikir apa2 melainkan untuk terus bagi coklat tu kepada kawan kita. 2. Kita pikir, aku dh lama tak makan coklat, tak pelah aku bg sikit pon ok. 3. Kita pikir, malas la aku nak bagi kat dia tu, penat2 aku usaha untuk dapatkan coklat setelah sekian lama aku tak makan. Daripada 1 hingga 3, iman dinilai dari situ. 1 yg paling mantop iman dia, 2 kurang sikit, yg ke 3 itu iman yg betul-betul kurang.

Amal kita lakukan sebenarnya untuk siapa kalau tidak kerana Allah? Sebab itulah orang yang beriman kena saling mengingati Allah. Ikhlas kerana Allah. Kita patut fikir apa yang Allah mahukan. Bukan nya kita fikir apa yang manusia mahukan.


Habis tu kalau kita tolong dia, dia macam tak nak berterima kasih. Tak pon semakin lama dia macam semakin malas nak berusaha. Ya ALLAH! apa nak jadi umat Islam sekarang ini.sedihnya huhu.. sambung nanti..........

Sunday, 8 May 2016

Main di Waktu Malam.

Assalamu’alaikum, selamat sejahtera. Hehe. Apa khabar semua? Sehat ya. Harapnya begitu belaka. In sya Allah. Kali ini lain sikit dari yang lain sebelum-sebelum ni, saya nak kongsikan riadah atau main di waktu malam. Saya nak kongsikan pengalaman saya, waktu darjah tiga atau empat macam tu, saya pon dah tak ingat dah haha. Dulu ada main malam ni.. hehe. Harap jangan ikut perangai saya ni.

Dulu apa tahu ialah main dan main dan main. Main je tahu belajar tak reti-reti. Haha. Masa tu walaupun nak exam pon, gigih jugak nak main. Nak main bukan apa, kawan dan jiran ajak main, tak sebab la kenapa tak keluar rumah. Hihihi. Pastu main punya main, sampai satu game ni tak habis. Bincang jap, so, keputusan nya main malam-malam. Haaha. Lama kelamaan benda macam ni sudah terbiasa. Main-main di waktu malam memang ada rasa takut jugak. Tapi mindset main itu lagi kuat berbanding takut tu. Jadi, permainan budak-budak yang tak betul tu diteruskan…hahahahaha

Rasa tak puas bermain tu menyebabkan saya dengan abang saya kena denda sampai tak boleh masuk dalam rumah. Ye la.. nak main sangat malam-malam tu kan. Tapi kena macam it upon masih buat benda yang sama
Dalam seminggu dua lepas tu, ada kes seorang budak antara kiteorang ni kena gangguan makhluk. Hmmmmm…. Dah dengar berita yang kurang enak macam tu. Memang dah tak main la lepas tu. Haha. Tahu takot. Hahaha.

Ikhwah fillah, saya rasa kecewa lah bila mana saya sendiri sudah besar dan saya ingat balik memori semasa saya kecil dahulu sememangnya kita dari kecik ibarat macam diajar untuk lebih takut kepada “hantu” berbanding sepatutnya kita diajar untuk lebih mengenali Allah sebagai Tuhan Yang Maha Kuasa atas segala sesuatu. Kita dimomokkan dengan pelbagai jenis-jenis hantu mengikut keadaan contoh, bila musim raya dah tiba, ada hantu raya,. Bila dekat dengan pokok pisang, ada Pontianak.

Astaghfirullah, sahabat yang saya kasihi sekalian. Pernahkah kita mendengar kisah hantu atau benda yang karut marut ni semasa Islam berkembang. Contoh zaman Abbasiyah jatuh kerana terkena gangguan makhluk halus??? Mana ada semua ini. Kenapa kita di Malaysia banyak sangat hantu?? Kita takde dengar pon dekat Amerika ada toyol curi duit di New York … saya berasa teramat sedih dengan sistem yang ada sekarang ini. Pemikiran kita ibarat dijajah sepenuhnya oleh benda yang karut marut ini. Sepatutnya kita sebagai orang-orang yang beriman ambik al-Quran, bukak, baca, faham dan AMAL kan. Bukan sekadar tahu yang panduan hidup sebagai orang Islam ialah Al-Quran dan As-Sunnah. Kalau itu boleh la dapat A dalam SPM. Bila bab amal... jadi krik-krik..hhhmmm


“Tidakkah engkau fikirkan?”

Sunday, 1 May 2016

Pengalaman Bermain Gasing

Bismillah, assalamualaikum. Harap semua sihat juga. Hehe. Ok lah. Kali ini saya nak kongsikan kepada antum semua tentang gasing. Saya tak tahu lah sejarah gasing ni macam mana, Cuma apa yang saya nak bagi tahu bahawa saya juga ada main gasing. Gasing tradisional ada beberapa jenis, yang saya tahu gasing piring yang besar tu. Ni haa gambarnya
                                                   Image result for gambar gasing

Gempak kot. Ini lah permainan orang Melayu kita bangga-banggakan. Hehe. Tapi, siapa lah bangga kalau kita ini agama Islam. Eh.. back to topic. Gasing di zaman moden ni pulak ada 2 jenis yang saya tahu lah.. tapi kalau tak betul, silalah komen ye.

Gasing Moden 1                            Image result for gambar gasing paku

Inilah Gasing paku yang saya main dulu. Lepas revolusi gasing ni, adalah satu gasing ni yang sekarang dikenali sebagai Beyblade. Masa ni bila waktu petang je. Confirm ajak kawan main. Sebab mainan ni tak seronok kalau tak de lawan atau saingan. Haha. Jahiliyah ni. Astaghfirullah.

Beyblade
                                              Image result for gambar gasing beyblade

Beyblade bukan apa nak sangat beli. Gasing ni kan ada cerita anime Beyblade. Itulah terpengaruh sangat dengan TV tuh. Astaghfirullah. Ini semua Barat punya Program sampai kita tak tahu kenapalah manusia ini diciptakan, sehinggakan umat Islam dahulu yang tahu sebab manusia diciptakan pernah menguasai 2/3 dunia. Hmmmm. Renungkan lah ye kawan-kawan


Tapi nak cerita bahawa saya sendiri zaman budak-budak dulu selalu jugak keluar rumah main. Sungguh berbeza juga dengan kanak-kanak zaman sekarang. Mereka masing-masing ada gajet mereka. Siapa yang didik mereka? Gajet? Kalau lah kita duduk di bawah negara Islam di mana negara tersebut melaksanakan 100% perintah Allah. Dengan Gajet ni saya rasa tidak ada masalah. Sebab apa? Sekarang ini dalam gajet tu macam2 boleh buat sebab tak terkawalnya maklumat yang kita boleh dapat. Tetapi jika kita dengan seluruh penduduk Malaysia memahami hakikat Islam, itu lah yang membolehkan pengawalan dari kanak-kanak hinggalah tua. Tapi sekarang kita kalau tanya orang “Islam tu apa?” kebanyakannya tak tahu. Habis lah. So, Ubah dan Bina dari Bawah ye...

Main Ragbi

Assalamualaikum. Alhamdullillah, segala puji bagi Allah tapi kadang-kadang orang yang tak tahu maksud dia suka puji diri sendiri dalam masa yang sama di pon ucap Alhamdulillah. Hahaha. Takpe lah. Masya Allah, kali ini saya nak kongsikan beriadah yang bermanfaat tapi memang luar biasa sebab apa? Peristiwa ni sudah berlaku lebih 5 tahun dan saya perlukan masa sikit untuk rewind hahaha. Sukan yang memang agak lasak jugak bagi orang melayu dan bagi orang putih memang malu kalau tak main benda ni. Sukan Ragbi.

Ikhwah sekalian, kalau mad’u main ragbi. Enta nak main jugak main jugak ke? Hahaha. Kalau sudah minat enta, enta main je lah sambil tarik ke usrah. Nak sado, iman kalian sudah sado ke?

Ok2. Cerita pengalaman saya sendiri dalam sukan ini, masa kecik2 dulu pernah main jugak.. haha hebat jugak aku ni. Mase tu seingat saya, darjah 4 atau 5 camtu. Memang seronok sebab kita ada geng yang power2 atau lagend2 semua. Main punya lah semangat sampai nak azan maghrib baru balik. Masya Allah, ini zaman jahiliyah, so, jangan ikut ye kawan-kawan semua. Memang mase ini mak larang jangan balik lewat sangat pon keras kepala jugak.. hehe.

So, itu zaman kecik-kecik dulu, dah sampai sekolah menengah. Semasa tingkatan 1, sukan ragbi takde lagi. Rasa jeles jugak la sebab sekolah lain ada, tapi sekolah sendiri tidak ada. Tapi semasa tingkatan 2, sukan ragbi sudah ditawarkan pihak sekolah. Perrghh, masa mula-mula daftar punya lah semangat. Siap daftar untuk member lain sekali. Haha. Main punya main. Lama-kelamaan result exam semakin jatuh. Mak pon macam risau bagi lah nasihat “sikit2 je”. Haha. So, ana buat keputusan untuk tinggal ragbi. Tak pe. Lepas beberapa bulan cikgu datang jumpa. “Nik, awak nak main lagi ke tidak? Saya tengok awak ni ada potensi”. Saya cakap “tak pe lah, bukan apa, saya punya pembelajaran saya terjejas”. Pergh ayat macam budak pandai 10A je aku nih.hahaha.

Lepas tahun depannya, kelab ragbi sekolah dibubarkan kerana sikap anak-anak muda sekarang semakin MELAMPAU. Haha. Ini sebenarnya berpunca daripada seorang budak ni, dia terlibat kes berat sekolah iaitu kes rokok. Jadi, tamat lah zaman sekolah yang dulu nya semangat. Sekarang ni nk cakap pasal ragbi pon malu-malu. Hahaha. Lepas tu, masuk lah Zaman Matrikulasi. Banyak betul zaman ni. Hehe. Sekarang ni hanya tengok je orang lain main ragbi. Diorang ajak saya main, saya cakap tak reti, dah lama sangat tak main. Tapi masa tu, nak lepas kan rindu la. So, main lah lepas itu, sekali main dengan orang-orang pro ragbi, lagi lah macam tak semangat nak main. Lepas, baik aku main benda lain. Iaitu Frisbee. Itu lah ceritanya.

Kita duhulu main je kita tahu, bila sudah besar ni ada fikir juga kita main je. Lepas puas main benda ni, benda lain yang seronok kita sambung. Taktahu lah sampai bila. Tidakkah kita memikirkan bahawa kita buat benda sama je setiap hari. Kadang-kadang bila sudah faham agama, masih kita dalam jahiliyah moden ini. Mungkin kita sekarang sudah dididik dari kecil lagi bahawa dunia ni benda sama je buat. Sampai masa kita nak tinggalka pon jadi macam susah betul. Kan??. Inilah yang dinamakan Jihad dalam diri kita. Dimana Allah nak bagi gambaran bahawa Bani Israel dahulu merupakan orang yang memahami agama. Tetapi sampai satu tahap, Allah laknat diorang jadi kera dan babi. Inilah akibat bila mana kita bermain2 dalam bab agama. Saya pesan ini untuk diri ana sendiri dan untuk antum semua.


Assalamu’alaikum……..

Sunday, 17 April 2016

Main kereta “control”

Assalamu’alaikum. Cewah.. “riadah tapi main kereta control je ke akhi? Ini menan budak-budak la akhi”. Haha. Kau diam sudah laa. Upsss. Lek aa bro benda kecik jangan dibesarkan. Oklah, kali ini saya nak cerita pasal kereta “control” ni. Yang sangat menyeronokkan semasa zaman kanak-kanak dulu. Hahaha. Malas nak letak gambar, risau jugak ada yang terpengaruh nanti kang!.hehehe

Bukan apa, kita dulu nak main apa-apa kenalah ada geng. Barulah enjoy!! (ayat zaman sekarang). Nak katakan bahawa kita nak main semasa zaman kanak-kanak. Bila main sendirian berhad macam tak seronok. Satu lagi benda, dari segi kemeriahannya itu tak ada. Jadi, tunggu apa lagi. Ajak lah jiran sebelah “Faris, Jom main kejar-kejar”.

Si Faris jawab “Apa lah korang ni, aku ada mainan baru. Nah ini dia, kereta ‘kontrol”. Saya ni yang tengok dulu. Perrghh. Macam best lah. Bila dia main. Pastu mintak kat mak dengan ayah “Mak! Nak kereta control…. Tak boleh” mak jawab balik. Sekali pujuk punya pujuk punya pujuk… akhirnya,, Tersenyum Lebar Mulut Ku.. haha. Itu lah zaman kanak-kanak. Tak boleh tengok benda yang nampak benda macam seronok sikit je nak terus. Astaghfirullah..

Sambung cita lagi, kan kereta control ni ada yang sama mHz. yang mana lagi tinggi, yang tu paling laju. Contoh, 28mHz, 30mHz, 40mHz, 98mHz banyak lagi kot, saya pon dah tak ingat dah, tapi kami ada yang beli sama ‘mHz’ tu kiranya boleh kawal satu dengan yang lain. Jadi, bila ada yang niat jahat tu. Haha. Masa ni saya jahat sikit. Bila ada kawan ni nak lumba dengan kereta yang lain. Kebetulan masa tu, saya kereta control saya sama ‘mHz’ dengan kawan saya yang nak saya sabotaj dia. Dia pon lumba lah .. Sekali tengok kereta tu terbabas dalam longkang, tapi nasib baik tak de air. Klau ada air rosak terus, menangis kawan tu.
Kawan saya tu pelik. Apahal kereta ni. Masa tu dia bru main dan dia tak tahu pulak yang bilamana kalau ada yang sama ‘mHz’ tu sama akan boleh kawal antara satu sama lain. Jadi, agak lama jugak saya punya jahat tu.. sampai satu masa kereta dia keluar asap. Saya pon pelik la. Kenapa keluar asap kan? Rupa-rupanya, bila kawal dua remote pada satu kereta control tu .. lama-lama boleh rosak. Haha. Saya diam je lah.. tapi sedih jugak la saya jahat jugak masa tu. Astaghfirullah.

Apa-apa hal, yang penting sekali adalah dengan apa yang kita buat sekarang ni. Kita pada zaman kanak-kanak tu sememangnya hendak rasa seronok. Tetapi bila sudah dewasa ni. Takkan lah kita nak cari seronok yang luar biasa atau pon seronok yang menyebabkan kita lupa kepada Pencipta kita. Semasa dewasa inilah sepatutnya kita matang dalam melakukan sesuatu.

Allah dah bagi tahu kita dalam surah al Hadid, ayat 20. Maksud Bahasa melayunya “ Ketahuilah, sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan senda gurauan, perhiasan dan saling berbangga di antara kamu serta berlumba-lumba dalam menambah kekayaan dan anak keturunan, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani, kemudian (tanaman) itu menjadi kering dan kamu melihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan keampunan daripada Allah serta keredaan-Nya. Dan kehidupan dunia tidak lain hanyalah kesenangan yang palsu”.

Duhai sahabatku, Kembalilah kita kepada ajaran Islam yang mendidik. Bukannya menghukum.

Pengalaman Main Frisbee

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamu’alaikum. Hai apa cita? Haha. Kali ini saya nak kongsikan pengalaman saya dalam sukan frisbee. Ada yang tak pernah dengar tak? Bukan apa saya dulu pon bila dengar je “frisbee” saya tanya balik. Benda apa pulak tu? Kan? Ok lah permainan frisbee biasanya “orang putih” yang main dengan anjing nya. Nak Bahasa mudah piring terbang tu. Saya ada gambar nya

Ni haa. Tuu dia..  perghh. Ini lah permainan yang kali pertamanya saya main di matrikulasi Selangor (KMS), Banting, Selangor. Bukan apa tau. Mula-mula tu tengok senior KMS main (alah tau setahun je pon nak senior bagai, haha). Tengok macam seronok je main dengan geng-geng yang lain. Lepas si roommate saya pulak ajak main frisbee, saya cakap balik kat dia, “apa dia tu? Mainan pelik sangat aku tak main. Aku nak main benda yang macam piring terbang tu”. Roommate saya jawab “laa itulah mainnya. Frisbee la nama yang kau cakap piring terbang tuh”. Saya pon mulut jadi ‘O’ memanjang. Haha

Kali pertama baling, muka dengan yakin boleh.. “Malaysia Boleh!!!” sekali baling betul-betul. Laaa. Hampeh betul. Ini ke anak jantan sejati. Pergh sentap. Haha. Biasa lah mula-mula memang la tak reti. Tapi bila sudah lama-lama dah biasa tu, baru lah seronok bermain dengan sahabat handai. Baru-baru ini pon kami ada buat pasukan untuk lawan. Haa yang ni baru syookk. Haha. Dengan ramai-ramai siap ada strategi lagi tu. Mantap laa.

Cara main pasukan ni mudah je. Nak skor untuk pasukan kena ada orang yang tunggu selepas garisan yg ditetapkan (had) dan kena ada orang yang baling kepada orang yang menunggu tuh. Yang penting adalah semasa nak baling tu tidak dibenarkan untuk berjalan apatah lagi berlari sambal baling. Tak tau lah faham ke tak anda yang membaca ni. Tapi kalau nak tahu jugak kitaorang ada buat program. Dalam program tu ada main fressbie ni jugak. Program itu ialah Rahsia Hidup di UKM pada 13,14,15 Mei 2016 ni, In sya Allah. Hmmm Nak tau bertapa seronoknya Dunia termasuk dengan permainan ini. Join lah program kami. Hehe. Itu saje perkongsian nya. 

Saturday, 16 April 2016

Novel? Malas lah nak baca.

Alang-alang riadah waktu petang ke pagi nak rase kelainan sikit baik baca buku novel sambil riadah betul tak ni?? “huh, NOVEL??, malas lah nak baca.” Kita lihat trend sekarang ni, bila bab buku memang malas, tapi diorang semua ni jadi lain bila baca buku untuk masuk exam.. hahaha. Buat lawak betul lah. Semangat exam betul lah. Tgk result macam biasa je. Masalah-masalah.

Oklah, Novel yang biasa-biasa dia mesti ada cerita pasal kisah cinta. (Wekk, kene ingat “laa taqrobuz zina”). Jadi hati-hati lah bila baca novel. Itu lah pesanan saya. Sebenarnya saya sangat-sangat sokong 200% bila mana masyarakat untuk tidak membaca novel, bukan apa, saya ada dengar cerita yang novel sekarang ada yang menyebabkan syahwat tu naik tinggi jgak la, tapi takkan nak ukur kot berapa meter, agak-agak la kan.hahaha

Yang bahayanya, ia boleh mempengaruhi orang lain untuk buat dosa. Astaghfirullah ( Aku Mohon Ampun Ya Allah). Nak kata kelainan la kononnya. Ishhh3. Tak patut. Sedih betul umat sekarang nih. Malas baca Novel tu saya boleh bagi tepukan je lah. Haha. Sorak belum lagi sebab ada benda yang belum selesai lagi, iaitu ….

“Apakah panduan hidup anda?”. Ramai yang akan jawab “panduan hidup saya adalah Al-Quran dan As-Sunnah”. Masya Allah, bagus nya orang yang cakap macam ni. Walaweh.. haha. Tapi hakikat sebenarnya siapakah yang betul-betul jadikan Al-Quran sebagai panduan hidup dia? Setakat nak jawab exam pendidikan agama SPM ke, Upsr ke itu memang senang tulis, dan cikgu yang menanda pon juga tandakan “right” kat jawapan tu. Tapi kenapa kita lihat umat Islam sekarang macam….tuut…tuut. Tak nak cakap panjang, tetapi memang teruk sangat. Hatta, orang yang penagih dadah yang agama Islam sekalipun bila ditanya “Siapa kau punya Tuhan?” dia sendiri boleh jawab “Allah”. Tapi sebenarnya apa yang tak kene?? Haaa serius pulak aku ni.. haha.


Sebenarnya kita kena betul dapatkan mesej Quran yang sebenar. Bukannya sekadar baca untuk dapat pahala. Memang bagus. Tapi, kita kena ingat. Islam dahulu hebat kerana mereka berpegang teguh kepada panduan hidup mereka. Jadi, kita ini macam ada yang kurang, betul tak ni? Sahabat ku .. Biarlah Novel itu kita tak baca, tak nak ambil tahu pon taka da masalah. Tetapi kalau mesej Allah sampaikan tapi kita yang hanya kasi “bluetick” sahaja dan tak “reply” dengan cara yang betul. Kena Ingat!! Allah Maha Kaya lagi Maha Mengetahui.

Aku Benci Sejarah, Tapi Hakikatnya Aku lah Pencinta Sejarah.

Salam sejahtera, Salam tu memang la sejahtera. Ngok ngek la kau. Haha. Jangan cakap kt orang lain pulak. Kang kena marah kang. Hahaha. Ok lah kali ini saya nak kongsikan kepada anda bahawa saya memang tak suka subjek sejarah. Dulu pun, macam-macam bagi alasan sampai cakap “alaa.. buat apa belajar pasal orang yang sudah mati? Knape lah banyak sangat fakta yang nak kene ingat, soo jem my brain right now. Asal laa sejarah banyak sangat peristiwa?”. Terlalu banyak alasan yang kita dengar, betul tak? Cewah. Padahal diri sendiri yang cakap macam tu. Haha

Bukan apa, Cikgu Matematik masa sekolah pon ada cakap, “orang yang suka matematik, dia kadang-kadang tak suka Sejarah”. Itu lah kekdahnya haa kan.. lepas je dengar cikgu cakap macam tu abih aa boikot sejarah. Hehe. Cikgu jangan marah eh.. Ini sekadar perkongsian.

Tapi pernah atau tidak? Kita ada dengar bahawa sejarah selalu berulang2. Pernah kan? Tetapi kita ni macam Nampak tak Nampak atau pun Faham tak faham je dengan ayat tadi tu… sejarah selalu berulang. Pembaca yang saya kasihi sekalian (kasih la sgt! haha) Kita kena jelas tentang benda ini. Dan orang yang tidak jelas pasal benda inilah yang menyebabkan kita ini tidak suka kepada sejarah. Berdasarkan Sejarah sendiri. Para Ilmuan pada masa kerajaan Abbasiyah, mereka ini ada yang hebat dalam bidang Matematik, Algebra, Biologi, Kimia macam-macam lagi. Tapi mereka juga hebat dalam sejarah. Tak de lah macam kita sekarang ni. Pengkhususan sampai bidang lain kita jadi zero.

Bercakap pasal sejarah sendiri, adakah kita suka sejarah? Adakah kita sendiri merasakan bahawa kita lah sebenarnya yang pentingkan sejarah? Meh saya buktikan. Contohnya, Kita masak air untuk minum pagi, pastu air sudah gelegak, masa nak tuangkan air tu ke dalam jug, tiba-tiba……. Pahhhmmmm.. jatuh jug, dan air sedikit je terkena kat kaki. Ppeeerrrrggghhh.. meraung habis la oii.. haha. Ok. Lepas beberapa hari, Kita masih nak masak air macam biasa. Saya nak tanya? Adakah kita nak tung air dalam jug tu dengan lebih berhati-hati atau pun kita biarkan jadi benda yang sama berlaku pada kaki kita?

Itulah hakikatnya Sejarah, kita kena ambil pelajaran terhadap apa yang berlaku. Itulah tujuan sebenar untuk mempelajari sejarah. Dan apa yang saya risau dengan anda semua ialah dulu, kita sebagai umat Islam yang memegang tampuk pemerintahan dunia sehingga 2/3 dunia. Tetapi di manakah negeri-negeri itu? Adakah disebabkan kita yang sebenarnya MALAS belajar dan ambil pengajaran dari zaman kejatuhan ISLAM???


Al-Quran dan As-Sunnah disertakan Seerah, maka lihatlah dunia sekarang. Ini yang kita kena Kaji Semula dengan baik.

Friday, 15 April 2016

Buku “Fatehah” (ada gambar kunci)

Haa. Buku “Fatehah” baru lah sesuai untuk dibaca oleh sesiapa sahaja. Tapi lagi best bila sudah faham “benda tu”. Haha. “Benda tu” tu apa sih?  Mesti anda yang tak tau tu tertanya-tanya apakah yang dimaksudkan dengan “benda tu”. Saya tak boleh nak cerita panjang kat sini, sebab niat saya nak tulis kali bukan pasal “benda tu” tetapi saya nak kongsikan pengalaman saya membaca buku tersebut.

Oleh kerana sebelum ini saya ada kongsikan dengan anda tentang Buku “Heartshot Buatmu Ikhwah”, mungkin ada yang kecewa dengan saya..ooohhh.. maafkan saya.. huhu.. ok lah. Nak drama bagai. Buku “Fatehah” sangat menarik untuk dibaca. Bukan apa, ada testimoni daripada pelajar Master di UKM juga baca buku ini dan apa yang dia komen ialah “jahat buku ini, bila baca macam tak boleh nak berhenti”

Haa. Nampak tak? Macam best je kan buku “Fatehah” ni. Sebenarnya, buku ini juga ada kaitan dengan Surah Al-Fatihah yang mana kita selalu membaca Surah Al-Fatihah tetapi maksud dalamannya kita susah nak faham. Walaupun kita sudah berusaha melihat buku-buku tafsir, tetapi tak faham-faham juga. 

Digalakkan anda untuk beli buku ni. Ia dijual dalam harga RM20-RM25.
Kita sedih juga kerana kita yang baca tiap2 hari tanpa merasai melalui kehidupan kita. Sangat-sangat lah rugi. Buku ini untuk memudahkan kita lebih mendalami surah Al-Fatihah dengan Bahasa yang Santai digunakan. Harap dengan Buku ini lebih kita ingat kembali kepada kita punya Pencipta, iaitu Allah S.W.T.


Bila saya sendiri yang baca buku ini ibarat macam buku ini tengah bercakap dengan saya pulak. Haha. Itu yang istimewanya buku ini. Maaf lah sebab semenjak 2 menjak ni saya terlebih feeling pulak. Hahaha. Tapi yang penting kita dapat memahami dengan sebaik mungkin tentang apa yang Allah nak kita buat. Itu sahaja perkongsian saya tentang buku “Fatehah”

Monday, 11 April 2016

Buku “heart shot buatmu ikhwah”

Kadang-kadang bila nak riadah, saya bawak buku. Hehe. Buku “heart shot buatmu ikhwah” ni saya baru sahaja beli beberapa hari dah. Best jugak baca kat luar rumah atau luar bilik. Yes itulah sepatutnya, bukan baca-baca buku pastu tidur. Macam mana lah nak otak yang cerdas. Haha.


Sedikit muqaddimah tentang buku ini. Nama penulis nya dirahsiakan. Terdapat 2 org penulis bagi buku ini. 1. Akh Troll, 2. Al-Mutarobbi. Buku ini dibuat bukan untuk semua yang suka membaca tetapi buku hanyalah kepada orang yang memahami “benda Tu” dan sedang berusaha untuk mengamalkan “benda  tu”.

Dalam buku itu pon ada amaran yang diberikan jika seseorang yang ingin membaca masih belum memahami benda tu. Sebab apa, jika anda yang belom melaksanakan “benda tu” menyebabkan anda tidak merasakan bahawa buku itu sedang menembak hati anda. Itulah sebabnya buku ini namanya”Heartshot…”.

Bagi yang sudah memahami dan ingin melaksanakan benda tu tetapi tidak tergerak atau pun gerakan yang slow sangat. Saya galakkan untuk anda baca buku ini. Hehe. Sebenarnya, buku ini adalah penjelasan daripada Al-Quran bukannya direka-reka dengan saje2. Tak!!. Oleh yang demikian, Bagi diri saya sendiri yang membaca buku tu terasa macam kene tembak bertalu2 (betul ke penjodoh bilangan ni, kalau salah sila lah komen ye). Buku ini ada penjelasan yang mendalam jugak tentang ayat Al-Quran, lebih faham sebab adanya Bahasa Melayu yang moden sekarang ni.

Nak promote buku jgak sebenarnya, tapi untuk orang yang dah “faham” sebenarnya.

Itu sahaja perkongsian saya pada kali ini. Assalamu’alaikum….

Beriadah Di Sungai Congkak

Alhamdulillah, bersyukur kerana saya dapat berkongsi dengan anda sekalian tentang riadah kami sebenarnya, sbb saya pergi bukannya seorang diri. Hehe. Walau apapun, nak dikesahkan bahawa pergi riadah ke Sg. Congkak bukan saje tanpa tujuan, tetapi sebenarnya kami ni nak lihat keindahan alam….. perghhh. Ayat cliché betul aku nih.. haha. Apa yang nak saya cerita kan bahawa udara yang kita hirup sekarang ni lain sikit daripada dulu.

Bukan apa, saya ni tinggal di bandar Kuala Lumpur sejak kecil lagi, jadi dapat membezakan dimana udara mase saya kecil dulu, takde lah macam sekarang. Dan bila jerebu lagi lah sampai sakit kepala. Nak dikatakan bahawa kita ni perlulah bersyukur dengan cara yang betul. Bukan sekadar cakap kat mulut “saya sangat bersyukur atas nikmat yang diberi oleh Allah kepada saya” ini pon ayat yang biasa kita dengar. Lepas ckp ayat ni buat benda lagho pulak. Memang nak kena betul org mcm ni. Tapi takpe lah. Kembali kepada Topik kita.

Udara di sungai congkak tu saya puas hati lah. Airnya ok walaupun sebelum-sebelum ini ada kes tentang kencing tikus. Tetapi bersyukur juga lah sebab taka da apa-apa masalah diantara kami yg pergi ke sungai tersebut. Malah ikatan persaudaraan kami semakin teguh. Lihat surah Al- Hujurat. Ayat 10.


Apa yang penting juga kat sini adalah kami dapat mengurangkan stres kami sebagai pelajar universiti. Haha. Sepatutnya kene lah siapkan assignment secepat mungkin. Blog nip on assignment jugak. So, jangan marah la eh.. heheh.

Tuesday, 5 April 2016

Demam


Apa kaitan demam dan beriadah?? Haha. Ok lah. Bukan apa demam ni tak de sape pon suka demam tapi nak buat macam manakan kalau kita ditakdirkan oleh Allah S.W.T. Oleh itu, kita hendaklah berusaha sedaya upaya untuk menghadapinya dengan penuh kesabaran. Firman Allah dalam surah Al-Baqarah, ayat 155 dan 156 menerangkan kepada kita bahawa bilamana kita diuji dan ditimpa musibah dan mengucapkan “Innal lillahi wa inna ilaihi roji’un”. Inilah orang yang dikatakan sebagai orang yang betul-betul sabar.

Permulaan kelakuan kita apabila baru ditimpa musibah kemudian apa yang kita lakukan seterusnya. Contohnya macam demam tadi, ceyy.. Sebenarnya saya uji dengan demam pada minggu lepas. Haha. Sambung cerita balik. Bilamana kita baru sahaja diuji dengan musibah tersebut kita sepatutnya mencari Allah balik, sebenarnya kita kena fikir baik-baik bahawa sesungguhnya Allah lah yang memberikan kesakitan kepada kita dan yang menyembuhkan kita hanyalah Allah. Sebab itulah kita baca “Innal lillahi wa inna ilaihi roji’un” maksudnya “Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nya kami kembali”..  cewah saya ni macam ustaz pulok doh. Hehehe.

Dalam masa yang sama juga kita kena usaha untuk mencari ubat agar kita sembuh kembali dan menjalani kehidupan sebagai orang yang betul-betul beriman kepada Allah, bukannya menjalani kehidupan macam biasa. Uuppsss. Ini lah yang membezakan antara orang yang beriman dan orang yang anggap dia beriman. Nanti saya akan buat penerangan lanjut pasal benda ni.

Ketika kita demam itu, kalau boleh kita kena berusaha untuk tidak duduk dalam bilik berselimut seorang diri atas katil dan hanya mengharap pertolongan orang lain untuk menyediakan makanan untuknya, perghhh. Manja betul.. haha. Realitinya memang ada orang yang buat macam itu. Berdasarkan pemerhatian saya, orang yang macam ini lambat untuk sembuh jika nak dibandingkan dengan orang yang berusaha untuk sembuh, contohnya dia pergi beriadah walaupun dia demam. Dan ini yang saya selalu buat sebenarnya.


Bukan saja2 untuk beriadah, tapi untuk memastikan badan kita sentiasa aktif meskipun badan rasa macam tak selesa untuk bergerak. Begitu juga dengan pemakanan kita, di mana kita sepatutnya makan bukan berlapar sampai taknak makan langsung. Selagi tak makan, selagi itu sakit lambat sembuh. Dan ingatlah wahai orang yang beriman, Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.

Monday, 21 March 2016

Beriadah yang Seorang Diri itu Bermanfaat ke?


Beriadah bermanfaat tapi kenalah kenal diri dahulu. Bermanfaat sesuatu perkara yang kita buat setiap hari mestilah bersama orang lain juga. Bukannya beriadah seorang diri. Orang lain kata “eh, kau ni janganla syok sendiri. Semua benda nak syok sendiri. Apa kes?” haha. Tapi lagi deep buat kalian yang suka sendiri-sendiri ni adalah “ohh, kau suka menyendiri ni ingat bagus sangat la, kalau tahajjud sendiri dalam diam takpe jugak”. Pulak dah, yang kau cakap macam tu apahal. Tiibaahh.. gurau2 hehe.

Gambar pinjam 1

Nak dikatakan bahawa menyendiri ni ada suatu masa, dia bagus, kadang tak bagus. Bagusnya menyendiri ini bila mana kita memang tak boleh nak tidor disebabkan memikirkan masalah umat. “eh, masalah umat… wwuuuu, ini semua poyo lake” Macam-macam la mulut yang kita jumpa. Hehe. Contoh menyendiri yang bagus macam tadi tu, ketika mana orang lain sedang tidur, tetapi kita masih berfikir dan tidak senang duduklah, lepas itu kita bangun untuk solat sunat Tahajjud agar dalaman kita betul-betul kuat dalam menghadapi umat yang bermasalah.

Gambar pinjam 2 

Okay. Itulah bagus sendiri. Tetapi bilamana matahari sudah terbit. Manusia biasa pon bangun untuk pergi kerja atau buat kerja lah. Dan masa inilah peluang anda sebagai orang yang beriman.. “beriman ke kita?” haha. “beriman kepada study atau exam, sebab aku rasa bila aku study ni, akan dapat kerja, sebab tu aku lambatkan solat, dan aku pentingkan aku punya kertas laptop”. Kalau kita beriman kepada Allah yang betul-betul, kita sepatutnya tinggalkan kerja itu sementara untuk solat di masjid atau surau sebab kita sebagai orang yang beriman kita betul-betul yakin dengan kuasa Allah, di mana Allah sahaja yang Berkuasa. Bukannya pensyarah. Uppsss.. macam terlajak je.. maaf la. Pasal Orang yang beriman ini saya nak buat akan datang la eh..

Sambung yang tadi tu, peluang orang untuk bergaul dengan orang lain selepas matahari terbit. Okeh. Anda sepatutnya pergi bergaul dengan orang lain tapi ingat ayat ini surah al-Isra’, surah ke-17, ayat 32. Ayat Allah ini menceritakan bahawa kita tidak boleh sekali-kali mendekati zina walaupun terdetik di hati sekali je. Sepatutnya kita terus Istighfar. Macam ustaz pulak aku.. hahaha. “mana boleh macam ni, nanti macam mana nak kahwin?” pulak dah. Siapa yang tak puas hati dengan blog ni anda boleh terus membaca ye.. hehe. Sebab pasal kahwin ramai sekarang yang ikut hati yang tak seberapa nak betul.. Jangan marah la eh..

Ya Allah, nak cerita pasal bergaul dengan orang lain sebenarnya, terpesong pulak. Maaflah ye. 
Kita ni sepatutnya menceriakan keadaan, biar orang lain berasa seronok dengan kita dan selepas itu barulah kita ini mudah untuk beriadah dengan orang juga. Dan kita membina suasana yang baik antara kawan-kawan kita. Insya Allah. Dan satu lagi benda yang saya tertinggal, sila lah ringan-ringankan tangan kita untuk buka quran. Surah al-Mulk, surah ke-67, ayat 15. Ramai orang terlepas pasal benda ini, tapi kita sambung nanti lah.. saya ada kerja lain nak buat.. ok. saya minta maaf sebab lari tajuk sikit.


Assalamu’alaikum…