Alang-alang riadah waktu petang ke pagi nak rase kelainan
sikit baik baca buku novel sambil riadah betul tak ni?? “huh, NOVEL??, malas
lah nak baca.” Kita lihat trend sekarang ni, bila bab buku memang malas, tapi
diorang semua ni jadi lain bila baca buku untuk masuk exam.. hahaha. Buat lawak
betul lah. Semangat exam betul lah. Tgk result macam biasa je. Masalah-masalah.
Oklah, Novel yang biasa-biasa dia mesti ada cerita pasal
kisah cinta. (Wekk, kene ingat “laa taqrobuz zina”). Jadi hati-hati lah bila
baca novel. Itu lah pesanan saya. Sebenarnya saya sangat-sangat sokong 200%
bila mana masyarakat untuk tidak membaca novel, bukan apa, saya ada dengar
cerita yang novel sekarang ada yang menyebabkan syahwat tu naik tinggi jgak la,
tapi takkan nak ukur kot berapa meter, agak-agak la kan.hahaha
Yang bahayanya, ia boleh mempengaruhi orang lain untuk buat
dosa. Astaghfirullah ( Aku Mohon Ampun Ya Allah). Nak kata kelainan la
kononnya. Ishhh3. Tak patut. Sedih betul umat sekarang nih. Malas baca Novel tu
saya boleh bagi tepukan je lah. Haha. Sorak belum lagi sebab ada benda yang
belum selesai lagi, iaitu ….
“Apakah panduan hidup anda?”. Ramai yang akan jawab “panduan
hidup saya adalah Al-Quran dan As-Sunnah”. Masya Allah, bagus nya orang yang
cakap macam ni. Walaweh.. haha. Tapi hakikat sebenarnya siapakah yang betul-betul
jadikan Al-Quran sebagai panduan hidup dia? Setakat nak jawab exam pendidikan
agama SPM ke, Upsr ke itu memang senang tulis, dan cikgu yang menanda pon juga
tandakan “right” kat jawapan tu. Tapi kenapa kita lihat umat Islam sekarang
macam….tuut…tuut. Tak nak cakap panjang, tetapi memang teruk sangat. Hatta,
orang yang penagih dadah yang agama Islam sekalipun bila ditanya “Siapa kau
punya Tuhan?” dia sendiri boleh jawab “Allah”. Tapi sebenarnya apa yang tak
kene?? Haaa serius pulak aku ni.. haha.
Sebenarnya kita kena betul dapatkan mesej Quran yang
sebenar. Bukannya sekadar baca untuk dapat pahala. Memang bagus. Tapi, kita
kena ingat. Islam dahulu hebat kerana mereka berpegang teguh kepada panduan
hidup mereka. Jadi, kita ini macam ada yang kurang, betul tak ni? Sahabat ku ..
Biarlah Novel itu kita tak baca, tak nak ambil tahu pon taka da masalah. Tetapi
kalau mesej Allah sampaikan tapi kita yang hanya kasi “bluetick” sahaja dan tak
“reply” dengan cara yang betul. Kena Ingat!! Allah Maha Kaya lagi Maha
Mengetahui.
No comments:
Post a Comment