Sunday, 17 April 2016

Main kereta “control”

Assalamu’alaikum. Cewah.. “riadah tapi main kereta control je ke akhi? Ini menan budak-budak la akhi”. Haha. Kau diam sudah laa. Upsss. Lek aa bro benda kecik jangan dibesarkan. Oklah, kali ini saya nak cerita pasal kereta “control” ni. Yang sangat menyeronokkan semasa zaman kanak-kanak dulu. Hahaha. Malas nak letak gambar, risau jugak ada yang terpengaruh nanti kang!.hehehe

Bukan apa, kita dulu nak main apa-apa kenalah ada geng. Barulah enjoy!! (ayat zaman sekarang). Nak katakan bahawa kita nak main semasa zaman kanak-kanak. Bila main sendirian berhad macam tak seronok. Satu lagi benda, dari segi kemeriahannya itu tak ada. Jadi, tunggu apa lagi. Ajak lah jiran sebelah “Faris, Jom main kejar-kejar”.

Si Faris jawab “Apa lah korang ni, aku ada mainan baru. Nah ini dia, kereta ‘kontrol”. Saya ni yang tengok dulu. Perrghh. Macam best lah. Bila dia main. Pastu mintak kat mak dengan ayah “Mak! Nak kereta control…. Tak boleh” mak jawab balik. Sekali pujuk punya pujuk punya pujuk… akhirnya,, Tersenyum Lebar Mulut Ku.. haha. Itu lah zaman kanak-kanak. Tak boleh tengok benda yang nampak benda macam seronok sikit je nak terus. Astaghfirullah..

Sambung cita lagi, kan kereta control ni ada yang sama mHz. yang mana lagi tinggi, yang tu paling laju. Contoh, 28mHz, 30mHz, 40mHz, 98mHz banyak lagi kot, saya pon dah tak ingat dah, tapi kami ada yang beli sama ‘mHz’ tu kiranya boleh kawal satu dengan yang lain. Jadi, bila ada yang niat jahat tu. Haha. Masa ni saya jahat sikit. Bila ada kawan ni nak lumba dengan kereta yang lain. Kebetulan masa tu, saya kereta control saya sama ‘mHz’ dengan kawan saya yang nak saya sabotaj dia. Dia pon lumba lah .. Sekali tengok kereta tu terbabas dalam longkang, tapi nasib baik tak de air. Klau ada air rosak terus, menangis kawan tu.
Kawan saya tu pelik. Apahal kereta ni. Masa tu dia bru main dan dia tak tahu pulak yang bilamana kalau ada yang sama ‘mHz’ tu sama akan boleh kawal antara satu sama lain. Jadi, agak lama jugak saya punya jahat tu.. sampai satu masa kereta dia keluar asap. Saya pon pelik la. Kenapa keluar asap kan? Rupa-rupanya, bila kawal dua remote pada satu kereta control tu .. lama-lama boleh rosak. Haha. Saya diam je lah.. tapi sedih jugak la saya jahat jugak masa tu. Astaghfirullah.

Apa-apa hal, yang penting sekali adalah dengan apa yang kita buat sekarang ni. Kita pada zaman kanak-kanak tu sememangnya hendak rasa seronok. Tetapi bila sudah dewasa ni. Takkan lah kita nak cari seronok yang luar biasa atau pon seronok yang menyebabkan kita lupa kepada Pencipta kita. Semasa dewasa inilah sepatutnya kita matang dalam melakukan sesuatu.

Allah dah bagi tahu kita dalam surah al Hadid, ayat 20. Maksud Bahasa melayunya “ Ketahuilah, sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan senda gurauan, perhiasan dan saling berbangga di antara kamu serta berlumba-lumba dalam menambah kekayaan dan anak keturunan, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani, kemudian (tanaman) itu menjadi kering dan kamu melihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan keampunan daripada Allah serta keredaan-Nya. Dan kehidupan dunia tidak lain hanyalah kesenangan yang palsu”.

Duhai sahabatku, Kembalilah kita kepada ajaran Islam yang mendidik. Bukannya menghukum.

No comments:

Post a Comment