Bismillahirrahmanirrahim. Assalamu’alaikum. Hai apa cita?
Haha. Kali ini saya nak kongsikan pengalaman saya dalam sukan frisbee. Ada yang
tak pernah dengar tak? Bukan apa saya dulu pon bila dengar je “frisbee” saya
tanya balik. Benda apa pulak tu? Kan? Ok lah permainan frisbee biasanya “orang
putih” yang main dengan anjing nya. Nak Bahasa mudah piring terbang tu. Saya
ada gambar nya

Ni haa. Tuu dia.. perghh. Ini lah permainan yang kali pertamanya
saya main di matrikulasi Selangor (KMS), Banting, Selangor. Bukan apa tau.
Mula-mula tu tengok senior KMS main (alah tau setahun je pon nak senior bagai,
haha). Tengok macam seronok je main dengan geng-geng yang lain. Lepas si
roommate saya pulak ajak main frisbee, saya cakap balik kat dia, “apa dia tu?
Mainan pelik sangat aku tak main. Aku nak main benda yang macam piring terbang
tu”. Roommate saya jawab “laa itulah mainnya. Frisbee la nama yang kau cakap
piring terbang tuh”. Saya pon mulut jadi ‘O’ memanjang. Haha
Kali pertama baling, muka dengan yakin boleh.. “Malaysia
Boleh!!!” sekali baling betul-betul. Laaa. Hampeh betul. Ini ke anak jantan
sejati. Pergh sentap. Haha. Biasa lah mula-mula memang la tak reti. Tapi bila
sudah lama-lama dah biasa tu, baru lah seronok bermain dengan sahabat handai.
Baru-baru ini pon kami ada buat pasukan untuk lawan. Haa yang ni baru syookk.
Haha. Dengan ramai-ramai siap ada strategi lagi tu. Mantap laa.
Cara main pasukan ni mudah je. Nak skor untuk pasukan kena
ada orang yang tunggu selepas garisan yg ditetapkan (had) dan kena ada orang
yang baling kepada orang yang menunggu tuh. Yang penting adalah semasa nak
baling tu tidak dibenarkan untuk berjalan apatah lagi berlari sambal baling.
Tak tau lah faham ke tak anda yang membaca ni. Tapi kalau nak tahu jugak
kitaorang ada buat program. Dalam program tu ada main fressbie ni jugak.
Program itu ialah Rahsia Hidup di UKM pada 13,14,15 Mei 2016 ni, In sya Allah.
Hmmm Nak tau bertapa seronoknya Dunia termasuk dengan permainan ini. Join lah program
kami. Hehe. Itu saje perkongsian nya.
No comments:
Post a Comment